Oleh IVAN AMIRUL
KOTA KINABALU – Rakyat di negeri ini diminta bertenang serta tidak panik berikutan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 dilaporkan tinggi setiap hari.
Menteri Kewangan ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes di Sabah adalah disebabkan hasil saringan bersasar di kawasan jangkitan membabitkan 11 daerah zon merah.
“Semua daerah berkenaa adalah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar dan Kota Belud.
“Oleh itu, kerajaan meminta kerjasama masyarakat di negeri ini yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk segera membuat saringan di hospital atau klinik berhampiran di
kawasan masing-masing,” katanya di sini tadi.
Masidi berkata, laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan jumlah kes positif Covid-29 baharu di Sabah hari ini adalah sebanyak 451 kes selain merekodkan empat kematian.
Menurut beliau, jumlah kumulatif kes Covid-19 pula adalah sebanyak 6,737 selain seramai 2,596 pesakit dilaporkan sudah sembuh. -K! ONLINE