fbpx

Penganggur guna trak Hummer edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syabu bernilai RM45,000 yang dirampas dalam trak Hummer milik seorang penganggur.

SUBANG JAYA – Kehidupan mewah seorang penganggur termasuk memiliki trak mewah jenis Hummer terbongkar selepas ditahan terlibat kegiatan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang.

Suspek berusia 31 tahun ditahan pada pukul 6 petang ketika dalam perjalanan mengedar dadah di kawasan tempat letak kenderaan di SS15 kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Abdul Latiff Mehat berkata, hasil pemeriksaan polis menemui dadah jenis syabu seberat 1.04 kilogram dalam trak Hummer yang dinaiki suspek.

“Dadah bernilai RM45,000 itu disembunyikan dalam bungkusan minuman teh.

“Hasil siasatan mendapati suspek aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan lanjut suspek bergerak seorang diri dan mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki di negeri Pantai Timur.

“Siasatan lanjut termasuk usaha memburu pembekal dadah itu masih giat dijalankan.

“Penganggur itu kini direman selama tujuh hari sehingga Rabu untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI