fbpx

Peluang Sumareh untuk jadi pemain pilihan Police Tero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH (kiri) dan Dominic ketika menjalani latihan bersama kelab, Police Tero yang bersaing dalam Liga Thailand. – FB POLICE TERO

BINTANG naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bertekad memberikan aksi terbaiknya sepanjang enam bulan bersama kelab Police Tero FC dalam saingan Liga Thailand.

Sumareh, 26, berharap kehadirannya dapat membantu­ Police Tero memperbaiki kedudukan kelapan liga walaupun perlu menunggu lebih lama untuk membuat debut pertama selepas tidak beraksi menentang PT Prachuap FC di Stadium Sam Ao malam ini.

“Saya datang ke sini untuk memberikan segala yang saya ada demi perkembangan pasukan. Matlamat saya adalah beraksi dengan baik buat pasukan, para peminat dan diri saya sendiri.

“Saya berada dalam zon selesa sebelum ini kerana tidak pernah bermain di luar Malaysia. Saya perlu membuktikan kemampuan sendiri menghadapi cabaran baharu dengan beraksi dalam saingan Liga Thailand.

“Thailand mempunyai ramai pemain hebat dan semua orang mengetahui perkara ini. Jadi, saya sudah tidak sabar dan teruja untuk bermain,” katanya yang dipetik daripada portal sukan Thailand, Evertyhing Thai Football.

Bekas pemain sayap sensasi Pahang itu perlu menanti peluang untuk membuat penampilan pertamanya di Thailand bersama seorang lagi pemain negara yang beraksi dengan Police Tero, Dominic Tan.

Peluang Dominic, 23, dilihat lebih cerah selepas bek te­ngah itu diturunkan dalam aksi ter­akhir Police Tero menentang Sukhotai pada 3 Oktober lalu serta dua perlawanan bulan lepas ketika bertemu Chonburi dan Ratchaburi.

Seorang lagi penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha, 34, turut beraksi dalam saingan Liga Thailand bersama BG Pathum United dan tersenarai di bangku simpanan ketika menang 1-0 ke atas Buriram United pada 10 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI