fbpx

Pejabat Presiden UMNO nafi keluar surat sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pejabat Presiden UMNO menafikan kewujudan surat oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyediakan surat menyurat Pejabat Presiden UMNO.

“Saya ingin menegaskan bahawa Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat ini.

“Saya dan pegawai pejabat presiden yang bertanggungjawab menyediakan segala surat menyurat dan juga ‘letter head’ tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sumali berkata, surat yang tular di media sosial itu mungkin disebarkan oleh pihak berkepentingan dan berniat jahat merosakkan imej Presiden UMNO. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI