fbpx

MPSepang keluarkan 3,397 kompaun terhadap pemilik iklan tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Penguatkuasaan MPSepang menanggalkan sebahagian iklan tanpa permit dalam operasi yang dijalankan sekitar Sepang.

Oleh SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan 3,397 kompaun terhadap pemilik iklan-iklan tanpa permit bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 3,106 sitaan dan inventori turut dikeluarkan bagi kesalahan tersebut.

“Antara jenis iklan tanpa permit yang ketara ialah iklan hartanah seperti lot banglo, lot tanah, taman perumahan baharu, selain iklan pinjaman wang berlesen, bank lelong serta iklan mempromosikan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Hamid berkata, tindakan sitaan, pengeluaran kompaun dan inventori dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPSepang 2007 Peruntukan 7 iaitu mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Bagi kesalahan ini, pemilik iklan tanpa permit boleh dikenakan tindakan kompaun dan sitaan serta denda maksimum RM1,000,” katanya.

Katanya, terbaharu, Jabatan Penguatkuasaan MPSepang telah menjalankan operasi menurunkan iklan tanpa lesen di beberapa lokasi sekitar Sepang.

“Dengan kekuatan dua pegawai, 12 anggota dan dua pemandu kenderaan lori operasi telah dijalankan di Taman Bunga Raya, Taman Desa Salak (BBST) dan sekitar Jalan Kampung Labu Lanjut.

“Operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik iklan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI