fbpx

Lelaki Pakistan kacau remaja 14 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular yang memaparkan suspek ditangkap orang awam di Kepala Batas, semalam.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang penjual aiskrim warga Pakistan ditahan polis selepas didakwa mengganggu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan sebuah rumah Taman Seri Indah, Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 4.45 petang kelmarin itu berlaku ketika mangsa bersama adiknya keluar di hadapan rumah untuk membeli aiskrim yang dijual lelaki berusia 25 tahun itu.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal didakwa memegang bahu mangsa yang sedang memilih aiskrim membuatkan mangsa terkejut dan berundur untuk menjauhkan diri.

“Walau bagaimanapun, ketika mangsa ingin membayar, suspek memegang tangannya dan mahu menciumnya.

“Mangsa dan adiknya kemudiannya masuk ke dalam kawasan rumah dan menutup pintu pagar, manakala suspek menunjukkan wang sambil memanggil mangsa sebelum beredar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kemudiannya dikatakan sekali lagi pergi ke kawasan perumahan terbabit kira-kira pukul 4.30 petang semalam sebelum ditahan orang awam.

“Polis yang menahan suspek mendapati dia cedera pada mulut dipercayai akibat dipukul orang ramai dan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Sementara itu, Noorzainy berkata, satu rakaman video yang didakwa memaparkan seorang lelaki yang didakwa suspek tersebut tular menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sejak semalam.

Rakaman berdurasi kira-kira 2 minit 30 saat itu memaparkan suspek dalam ketakutan sedang mencangkung di tepi pagar telah ditendang beberapa kali oleh seorang lelaki yang memarahinya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI