fbpx

KFA mahu kekalkan Aidil jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHIDMAT Aidil Sharin sebagai jurulatih pasukan Kedah masih ditagih dan KFA sedia berbincang dengan pengendali dari Singapura itu.

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) berhasrat mengekalkan pengendali Helang Merah, Aidil­ Sharin Sahak pada musim depan.

Walaupun terdapat desas de­sus mengatakan jurulatih dari Singapura itu dilamar oleh beberapa pasukan sebelum ini, namun KFA akan memastikan Aidil kekal di bumi Kedah.

Menurut Timbalan Presiden KFA, Datuk Abdul Rahman Abdullah, pihaknya bersedia me­lakukan segala yang termampu bagi memastikan jurulatih ber­usia 43 tahun itu terus mengemudi skuad Helang Merah pada musim depan.

Namun katanya, segalanya masih bergantung kepada jumlah gaji yang diminta selain syarat-syarat ditetapkan jurulatih itu agar semuanya selari dengan kemampuan KFA.

“Sumbangan Aidil kepada pa­sukan cukup besar dan prestasi ditunjukkan cukup baik selain kehendak peminat dan rasa hormat pemain terhadapnya, jadi tiada sebab kami melepaskan Aidil begitu saja.

“KFA yakin beliau mampu membawa pasukan mengharungi cabaran Piala AFC musim depan. Disebabkan itu, kita telah memulakan perbincangan dengan jurulatih berpengalaman itu,” katanya di Alor Setar semalam.

Kosmo! sebelum ini me­laporkan khidmat Aidil ditagih oleh sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Super dengan ada antara­nya sudah membuat tawaran awal.

Selain lima pasukan Liga Malaysia, Aidil pernah mendedahkan bahawa beliau turut dipan­cing pasukan dari Indonesia dan Singapura yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI