fbpx

Geng Farid Temara tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmadi (tengah) melihat rangka motosikal yang jumpai semula di lombong di sekitar Ipoh.

IPOH – Polis berjaya menumpaskan Geng Farid Temara yang terlibat dengan 19 kes curi motosikal di sekitar daerah ini selepas menahan lima ahlinya termasuk seorang wanita minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua suspek yang berusia 20-an hingga 30-an itu telah aktif menjalankan kegiatan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu dan mereka mensasarkan motosikal jenis Honda EX5.

“Mereka menjadikan wanita tersebut yang juga teman wanita dalang kumpulan ini sebagai peninjau untuk melihat kehadiran pemilik motosikal atau pihak polis.

“Selepas berjaya melarikan motosikal tersebut, mereka akan meleraikannya untuk dijual sebagai alat ganti manakala rangka motosikal dan komponen lain yang tidak diperlukan akan dibuang ke dalam lombong di sekitar Ipoh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Ipoh hari ini.

Tambah A. Asmadi, selain tangkapan, polis juga berjaya menemui semula tiga rangka motosikal curi yang dibuang di sebuah lombong di kawasan Pasir Puteh tidak termasuk beberapa buah motosikal curi.

“Hasil soal siasat, polis berjaya menyelesaikan 19 kes curi motosikal di daerah tersebut.

“Semua suspek kini direman selama 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

Dalam perkembangan lain, A. Asmadi berkata, pihaknya juga berjaya menyelesaikan kira-kira 25 kes pecah cermin kereta selepas menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di Pangsapuri Waller Court di sini kelmarin.

“Siasatan dan tangkapan ke atas suspek dibuat hasil aduan yang diterima mangsa yang mengalami kerugian sebanyak lebih RM24,000 akibat kehilangan komputer riba dan dokumen peribadi lain pada 30 September lalu.

“Hasil siasatan suspek mengaku terlibat dalam kes sekitar Pekan Baharu, Pekan Lama, Jalan Bendahara dan Pasir Puteh sejak Julai lalu,” katanya.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan pembeli barangan curi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI