fbpx

Bront Palarae terkurung jadi ‘Rapunzel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRONT PALARAE

Oleh NURUL FADILA AWALUDIN

 

KUALA LUMPUR – Akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan demi kesejahteraan umum sepanjang pandemik Covid-19, aktor Bront Palarae kini menjalani kuarantin kendiri di sebuah hotel berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 42, menjalani kuarantin di hotel berkenaan sejak 10 Oktober lalu selepas  pulang dari luar negara kerana menjalani penggambaran sebuah filem.

BRONT kini memasuki hari ketujuh menjalani kuarantin di sebuah hotel berdekatan KLIA.

Katanya, walaupun berasa sedikit bosan dia tetap berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hotel kerana telah memberikan layanan yang baik sepanjang tempoh di sana.

“Secara tidak langsung saya mengambil peluang untuk berehat dan menyelesaikan tugasan lain yang sebelum ini tertangguh.

“Diharapkan semua pihak tidak panik mahupun risau akan keadaan saya kerana paling utama kita semua perlu saling berganding bahu dalam menangani isu pandemik Covid-19 ini,” katanya dihubungi Kosmo! semalam.

Bront yang sebelum ini memuat naik gambar memakai gelang berwarna putih adalah bertujuan untuk memberitahu keadaannya kepada kenalan terdekat dan bukan untuk digembar-gemburkan.

“Sudah kumengerti perasaan Rapunzel,” tulisnya menerusi Fecebook semalam

Pelakon filem Gundala itu juga bagaimanapun tidak memperincikan lokasi dan judul filem terbaharu lakonannya  tersebut berikut terikat dengan kontrak.

Terdahulu, Bront baru sahaja diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik meneruai drama rantaian The Bridge 2 pada majlis  Asian Academy Creative Awards (AACA) 2020.

Produksi The Bridge 2 juga menang besar apabila membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi kerja keras Rebecca Lim, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Miller Khan) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Aida Aris).

The Bridge 2 terbitan Double Version turut memenangi kategori Drama Terbaik, Adaptasi Drama Terbaik, Penata Bunyi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

SENARAI kategori kemenangan Bront bersama team The Bridge 2.

Kemenangan tersebut melayakkan syarikat produksi yang mewakili Malaysia  tersebut berentap ke peringkat seterusnya pada acara kemuncak AACA 2020 yang akan berlangsung pada 4 Disember depan dengan menyaksikan persaingan bersama 15 negara Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI