fbpx

Bengkel Penjara Pokok Sena jadi hospital sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATM membantu kerja-kerja penyediaan pusat rawatan Covid-19 dalam Kompleks Penjara Pokok Sena hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina hospital ‘makeshift’ di dalam fasiliti Penjara Pokok Sena di Kedah sebagai usaha mendepani wabak Covid-19 di negeri berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dua blok bangunan bengkel sedia ada di dalam kawasan penjara berkenaan ditukar fungsi menjadi fasiliti kesihatan sementara bagi merawat pesakit termasuk mereka yang memerlukan bantuan oksigen.

“Fasiliti berkenaan mampu memuatkan 250 individu jika perlu serta boleh menempatkan pesakit dari penjara lain di sekitar Kedah.

“Ia juga lengkap dengan kemudahan kategori tiga dan kategori empat kerana mempunyai fasiliti Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adham berkata, fasiliti di hospital berkenaan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada 20 Oktober ini.

“KKM akan terus berusaha dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan.

“Justeru KKM akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak selagi ia mampu membawa impak positif kepada rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI