fbpx

Ancelotti mahu tamatkan badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI berjaya memimpin Everton untuk muncul pendahulu EPL setakat ini. -AFP

LIVERPOOL – Pengurus pasukan Everton, Carlo Ancelotti me­ngakui cukup teruja untuk membuat perhitungan dengan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool yang dianggap sebagai aksi buku bertemu ruas di Stadium Goodison Park malam ini.

Sebagai rekod, Everton kini berada dalam prestasi terbaik selepas mendahului carta liga de­ngan kemenangan bersih dalam empat perlawanan selain tujuh kemenangan berturut-turut da­lam semua kejohanan.

Namun, Ancelotti memberi amaran buat pasukannya supa­ya tidak mendabik dada meman­dangkan mereka sudah hampir 10 tahun tidak merekodkan keme­nangan ke atas skuad The Reds dalam saingan EPL.

Kata Ancelotti, barisan pemain perlu memberikan fokus sepanjang 90 minit perlawanan dan elak daripada beraksi dalam tekanan sehingga memudahkan pasukan pelawat menguasai saingan.

“Saya rasa pasukan perlu berada dalam tahap terbaik untuk mengharungi perlawanan getir menentang Liverpool. Walaupun kita mendahului saingan liga ketika ini, pemain perlu bermain tanpa tekanan kerana ia hanya memberikan tiga mata.

“Bagaimanapun, setiap perlawanan adalah penting tetapi pertemuan dengan Liverpool adalah berbeza kerana inilah derbi musuh tradisi yang pasti memberikan keterujaan buat penyokong kami.

“Justeru, saya mahu pemain tampil yakin kerana pasukan memiliki kualiti tersendiri dan begitu juga Liverpool. Namun, tidak wajar untuk terlalu menghormati mereka tetapi menjadikan pencapaian yang mereka raih sebelum ini sebagai motivasi untuk menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI