fbpx

869 kes positif, lima kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 869 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada lima kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 19,627 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 90 peratus kes dari kawasan penjara dan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sabah kekal negeri paling tinggi merekodkan kes Covid-19 dengan 451 kes diikuti Pulau Pinang (189) dan Selangor (159),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 180 kes kematian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI