fbpx

UM kurangkan Yuran Perkhidmatan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) membuat keputusan mengurangkan Yuran Perkhidmatan Universiti sebanyak RM120 untuk pelajar warga negara dan bukan warga negara universiti itu bagi tempoh tiga semester.

Ia berikutan UM telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya bermula Semester 2 Sesi 2019/2020.

Pejabat Komunikasi Korporat UM dalam satu kenyataan berkata, pengurangan yuran itu adalah bagi Semester 2 Sesi 2019/2020 serta Semester 1 dan 2 Sesi 2020/2021.

“Yuran perkhidmatan tersebut merangkumi sukan dan rekreasi, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan
Kesihatan/Kebajikan,” kata kenyataan itu hari ini.

Pejabat Komunikasi Korporat UM berkata, jumlah keseluruhan pengurangan yuran tersebut sebanyak RM2.7 juta bagi setiap semester melibatkan seramai lebih 22,000 pelajar.

Menurut kenyataan itu, ia merupakan salah satu daripada 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu di seluruh negara.

Tambah kenyataan itu, UM senantiasa mengutamakan kebajikan pelajar dalam mendepani cabaran normal baharu disebabkan pandemik Covid-19.

“Sama-sama kita berdoa penularan Covid-19 ini segera berakhir supaya kita dapat kembali menjalankan kehidupan kampus seperti sedia kala,” kata kenyataan itu.

Pelajar UM yang ingin mendapat maklumat lanjut tentang pengurangan yuran itu boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar dan Kolej Jabatan Bendahari di talian  03-7967 3289 atau emel kepada [email protected]. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI