LONDON – Laman sosial Twitter dilaporkan mengalami gangguan sekali gus menjejaskan berjuta-juta pengguna hari ini
Menurut saluran berita BBC News, pengguna dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain dilaporkan gagal mengakses ke laman tersebut dalam tempoh sejam.
Twitter dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti punca gangguan tersebut berlaku.
“Kami tahu ramai pengguna sukar untuk menghantar ciapan dan mengakses Twitter.
“Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, sebahagian trafik ke laman tersebut dilaporkan sudah berjaya dipulihkan. – Agensi