fbpx

Tiga ditahan SPRM bantu siasatan tuntutan palsu RM8.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek (dua, tiga dan empat dari kanan) direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah keseluruhan RM8.1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga pengurus syarikat ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan tiga tuntutan palsu bernilai kira-kira RM8.1 juta kepada sebuah kementerian pada tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar, Roszita Md. Saad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 dan 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mengemukakan dokumen permohonan yang mempunyai butiran palsu berjumlah keseluruhan RM8.1 juta.

Beliau berkata, dokumen permohonan tersebut disyaki dihantar ketiga-tiga suspek ke sebuah kementerian sewaktu menyertai proses tender pembekalan makanan di Terengganu untuk tahun 2019 dan 2020.

“Setiap tiga tender perolehan berkenaan berjumlah RM2.7 juta.

“Kesemua suspek ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu di sini antara pukul 4 petang dan 8 malam tadi,” katanya.

Sumber SPRM berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI