fbpx

Southgate akui Maguire punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (kanan) dilayangkan kad merah sekali gus menyaksikan England tewas 0-1 kepada Denmark pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Ketua jurulatih England, Gareth Southgate mempertahankan kritikan yang dilemparkan ke atas pertahanan utama, Harry Maguire yang beraksi hambar sehingga dilayangkan kad merah menyebabkan pasukan itu tewas 0-1 kepada Denmark awal pagi semalam.

Pada aksi Liga Negara-Negara Eropah yang berlangsung di Stadium Wembley itu, Maguire yang juga kapten pasukan Manchester United gagal memberikan contoh yang baik selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-30.

Kata Southgate, Maguire layak dilayangkan kad merah dan kemungkinan prestasi merudum yang ditampilkan sejak bersama United pada awal saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal musim ini dibawa ke skuad kebangsaan The Three Lions.

“Saya tidak mengeluh dengan keputusan pengadil untuk melayangkan kad merah kerana Maguire layak dihukum selepas tersilap membuat keputusan apabila melakukan dua terjahan keras yang tidak sepatutnya dibuat.

“Namun, keputusan tersebut tidak akan sesekali mengubah pendapat saya terhadap Maguire yang dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik di England ketika ini. Cuma, dia tidak bernasib baik dengan isu di luar dan di dalam padang ketika mewakili United.

“Masalah tersebut mungkin dibawa ketika bersama skuad kebangsaan sehingga menjejaskan prestasinya di atas padang selepas jelas beraksi dengan penuh tekanan,” katanya.

Selain Maguire, pemain pertahanan muda, Recce James turut dilayangkan kad merah selepas wisel penamat ditiupkan kerana protes dengan keputusan pengadil perlawanan.

Sementara itu, Southgate turut mempertahankan keputusannya tidak menurunkan pemain tengah sensasi, Jack Grealish kerana tidak sesuai dengan corak taktikalnya yang mahu menggunakan kepantasan Dominic Calvert-Lewin dan Jadon Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI