fbpx

Pusat jagaan untuk anak-anak pasukan barisan hadapan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengumumkan Inisiatif Penjagaan Anak Frontliner (iPAF) yang akan dilaksanakan di sembilan lokasi terpilih di negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataannya berkata, menerusi inisiatif itu, taska tambahan akan diaktifkan semula dan diubah menjadi pusat jagaan anak-anak petugas barisan hadapan.

Katanya, kemudahan itu dapat mengurangkan beban para petugas baris hadapan yang berkorban menyabung nyawa demi mencegah penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Kerajaan negeri menetapkan tujuh lokasi iaitu Hospital Sungai Buloh; Hospital Banting; Hospital Selayang; Hospital Kajang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang; Hospital Shah Alam dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Kesemua taska di lokasi berkenaan terbuka untuk kegunaan kakitangan perubatan sahaja,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, taska di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK Selangor) dan Bangunan Darul Ehsan pula boleh dimanfaatkan oleh semua petugas barisan hadapan seperti anak-anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Malaysia (ATM). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI