fbpx

Polis buru Goh Leong Yeong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goh Leong Yeong

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan kes Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki terbabit, Goh Leong Yeong, 32, dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953 kerana terlibat penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurutnya, alamat terakhir suspek adalah di Blok 25b2-5-8, Miharja Condo, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintenden Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

“Selain itu, boleh juga hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar ‘Datuk Seri’ yang disiasat berkaitan kes Macau Scam itu dipercayai dibantu dua pengawal peribadinya ketika melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM pada Ahad lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI