fbpx

Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan sehingga 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 1 November depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkenaaan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan semua kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan sekaligus menjamin kesejahteraan rakyat di negeri terutamanya komuniti marin yang sering menggunakan kawasan perairan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta laian-lain jenayah rentas sempadan.

“Oleh itu, orang awam yang tinggal di kawasan berkaitan dilarang menghampiri atau berada di lokasi diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hazani berkata, arahan seumpama itu lebih memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan bot selain menimbulkan rasa yakin kepada pengusaha chalet mahupun nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Selain itu, kita turut memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di ESSZone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung berkenaan,” jelasnya.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI