fbpx

Pemancing terkejut jumpa mayat terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki yang ditemui terapung serta tersangkut pada ranting pokok buluh dan sampah sarap di Sungai Kulim, Kampung Sungai Limau petang semalam.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang pemancing terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Kulim, Kampung Sungai Limau di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat lelaki berusia 52 tahun turut didapati tersangkut pada ranting pokok buluh dan sampah sarap.

Mangsa yang dikatakan mempunyai penyakit asma dan sawan dipercayai terjatuh sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa dibawa naik dari sungai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Kulim.

“Mayat mangsa yang memakai seluar jeans warna biru lusuh dan baju kemeja T berwarna hitam didapati sudah berbau,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan punca kematian mangsa didapati akibat lemas.

“Berdasarkan pakaian, polis berjaya mengesan ahli keluarga mangsa yang kemudian mengesahkan identitinya,” ujarnya.

Tambahnya, ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu mempunyai sejarah penyakit asma dan sawan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI