fbpx

[VIDEO] Mama, kenapa dia langgar papa sehingga mati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Allahyarham Mohd. Rizal (kiri) dan Nurul Asyiken bersama tiga anak mereka.

JOHOR BAHRU – Isteri Laskar Kanan Mohd. Rizal Suberi sukar untuk menerima permohonan maaf wanita yang merempuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sehingga maut dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.

Nurul Asyiken Amir berkata, kejadian itu telah memberikan kesan mendalam buat dirinya serta tiga anak mereka.

“Bila saya terpandang wajah anak-anak, memang sukar untuk terima kenyataan suami telah pergi, apatah lagi permohonan maaf oleh wanita yang menyebabkan kematian suami.

“Nak maafkan dia? Agak susah nak jawab lagipun saya terkilan sebab suami saya tidak bersalah dalam soal ini, apatah lagi ketika kejadian dia sedang tunggu di lampu isyarat, tiba-tiba dirempuh oleh pemandu itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel berkaitan: Pemandu wanita sebabkan kematian anggota TLDM positif dadah

Artikel berkaitan: Pemandu Myvi dituduh hari ini

Nurul Asyiken yang juga guru agama di Bandar Tenggara berkata, anak sulung yang berusia lima tahun pernah menonton video bapanya dirempuh wanita itu seperti mana yang tular di media sosial.

“Anak saya kemudian tanya ‘mama mengapa perempuan tu buat macam itu dekat papa? Dia langgar papa sehingga papa mati.’

“Saya pun terkedu tidak boleh jawab dengan pertanyaan itu. Oleh sebab itu, bila wanita itu didakwa minta maaf kepada kami, adalah sukar untuk terima permohonannya,” katanya.

Sementara itu, anak sulung Nurul Asyiken, Nur Amani Rau­dhah, 5, berkata, dia ingin berjumpa dengan Nur Fatin Nasrah untuk bertanya mengapa dia tidak menekan brek dan langgar bapanya.

Dia berkata demikian ketika dikunjungi Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farrah Faridah Baptist di rumah mereka semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI