fbpx

Lupa jadi alasan tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar ( berdiri kiri) sedang beramah mesra dengan pengunjung sebuah restoran berhubung pematuhan SOP sepanjang PKPB. FOTO ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Terlupa memakai pelitup muka antara alasan kerap diberikan oleh 109 individu yang dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kesalahan itu dilakukan mereka di kawasan tumpuan awam, kedai makan dan kedai runcit bermula pada 9 Oktober lalu hingga semalam sepanjang PKPB Mukim Klang dan seluruh Selangor yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, pihaknya turut mengesan terdapat premis yang masih ingkar menyediakan buku catitan nama dan aplikasi MySejahtera.

“Kesemua yang dikompaun serta-merta itu terdiri daripada mereka yang berusia 18 hingga 60 tahun.

“Kesalahan tersebut dilakukan mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 8) 2020,” katanya ketika meninjau pematuhan SOP di sebuah restoran di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amar, berdasarkan jumlah kompaun itu mendapati masih terdapat individu atau premis yang bersikap sambil lewa terhadap SOP ditetapkan dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Shamsul Amar menasihati orang ramai agak sentiasa mematuhi SOP termasuk memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencui tangan dengan air dan sabun serta peka terhadap arahan kerajaan berhubung SOP.

Kosmo! hari ini melaporkan Selangor mencatatkan 150 kes semalam daripada penularan 589 kes Covid-19 yang dilaporkan berbanding kelmarin sebanyak 68 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI