fbpx

Hafizh sedia cabar kelompok pelumba hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH percaya mampu bersaing dengan kelompok hadapan pada GP Aragon di Litar Motorland Aragon, Sepanyol pada hujung minggu ini.

TIDAK kenal erti berputus asa. Namun, itulah gambaran kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland Aragon, Sepanyol pada hujung minggu ini.

Pada aksi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Le Mans minggu lalu, Hafizh berjaya me­ngutip satu mata berharga selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar mengakui suhu trek rendah di Le Mans pada perlumbaan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan tunggangannya untuk mengejar kelompok di hadapan.

Justeru, Hafizh yang yakin de­ngan momentum terbaik pada jentera bertekad untuk memperagakan aksi lebih baik dan bersaing di kelompok hadapan ketika ber­aksi di Aragon hujung minggu ini.

“Saya rasa mampu bersaing di posisi depan tetapi kita perlu menganalisis data-data terlebih dahulu. Saya kini berada di landasan yang betul dan perlu bekerja keras ketika turun beraksi pada GP Aragon nanti.

“Saya akan terus berjuang untuk tampil dengan aksi lebih kompetitif kerana perlumbaan kini hanya berbaki lima pusingan untuk tamat. Terima kasih kepada semua menyokong saya,” kata Hafizh semalam.

Ketika ini, masa depan Hafizh pada saingan MotoGP masih menjadi tanda tanya kerana masih belum ada sebarang perkembangan hala tuju pelumba berusia 26 tahun musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI