fbpx

Gagal daftar butir diri, dua warga asing didenda RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Padah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerak Pemulihan (PKPP) dengan tidak mendaftar butir diri ketika mengunjungi kedai runcit, dua warga asing masing-masing didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Romjan ,30, warga Bangladesh dan Ram Prasad Pokhrel ,42, yang merupakan warga Nepal selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara dua minggu lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan mereka membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan Romjan dan Ram Prasad didakwa telah gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dengan gagal mendaftar butir-butir diri di dalam buku daftar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam premis di sebuah kedai runcit di Kampung Datuk Keramat di sini pukul 5 petang pada 4 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minima.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI