fbpx

Fernandes sudah makin hilang sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES menafikan hubungannya bersama Solskjaer renggang sebaliknya dia fokus untuk mengembalikan prestasi United. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah sensasi Manchester United, Bruno Fernandes menyelar pihak yang menggunakan namanya untuk mencipta sensasi berhubung masa depan pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Fernandes menafikan laporan bahawa dia bertelagah dengan Solskjaer ekoran kekalahan memalukan 1-6 ketika menentang Tottenham Hotspur sebelum ini.

Pemain Portugal itu dikatakan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan taktikal yang digunakan pengurus dari Norway ber­kenaan dan dikeluarkan ketika mereka ketinggalan 1-4 pada perlawanan itu.

“Terdapat banyak spekulasi mengenai perkara tersebut. Saya percaya ini adalah cara pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak stabil di dalam pasukan ini.

“Apa yang mereka katakan langsung tidak benar. Saya dikeluarkan pada separuh masa, itu betul tetapi ia dibuat kerana alasan taktikal.

“Ketika itu pengurus membe­ritahu saya bahawa perlawanan itu sudah berakhir, kami sudah tidak mampu melakukan apa-apa tetapi masih banyak perlawanan lagi selepas ini.

“Saya memang tidak berpuas hati tetapi saya tidak bercakap mengenai perkara yang boleh menyebabkan berlaku suasana tidak harmoni di dalam pasukan ini,” katanya.

Selepas hanya meraih satu kemenangan dalam tiga perlawanan, Solskjaer berdepan tekanan yang cukup tinggi tetapi Fernandes percaya United akan kembali memberikan respons terhadap aksi kurang memberangsangkan itu pada perlawanan menentang Newcastle United esok.

“Jangan gunakan nama saya, rakan sepasukan lain atau pengurus untuk mencetuskan masalah di United. Suasana ketika ini sa­ngat baik dan kami sedang bersedia untuk aksi berikutnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI