fbpx

Cip tahi lembu kurangkan kesan radiasi telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Suruhanjaya Lembu Kebangsaan India (NCC) sekali lagi mengemukakan dakwaan bahawa cip yang diperbuat menggunakan tahi lembu mampu mengurangkan kesan radiasi telefon bimbit, lapor portal be­rita Arab News.

Ketua NCC, Vallabhbhai Kathiria pada Isnin lalu berkata, kajian oleh pihaknya menunjukkan penurunan ketara kesan radiasi jika cip itu diletakkan pada telefon bimbit.

“Tahi lembu bersifat anti­radiasi. Ia memberi perlindungan kepada semua. Jika membawa­nya masuk ke dalam rumah, kediaman anda bebas radiasi. Semua ini sudah dibuktikan oleh sains,” katanya pada satu sidang akhbar.

Kathiria menyatakan cip itu belum mendapat pengesahan mana-mana badan penyelidik sains bertauliah tetapi sudah diuji oleh makmal kajian sains.

“Kamu boleh menguji keberkesanannya di mana-mana makmal atau kolej. Lebih 500 ladang ternakan lembu kini menghasilkan cip antiradiasi.

Bagaimanapun beberapa saintis meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan oleh wakil kerajaan itu.

Gabungan Persatuan Rasionalis India (FIRA) menyifatkan dakwaan itu sebagai semberono dan tidak saintifik.

“Amat menyedihkan apabila menteri dan pegawai kerajaan mempromosi sesuatu yang tidak masuk akal.

“Jika tahi lembu boleh hentikan radiasi, maka kerajaan patut minta loji-loji nuklear di India menternak lembu di laman belakang premis mereka dan penduduk setempat perlu bela lembu dalam rumah,” kata Pengerusi FIRA, M. N. Buddha.

Sementara itu, saintis daripada Forum Doktor dan Saintis Progresif, Dr. Harjit Singh Bhatti berkata, kerajaan tidak memberi sebarang bukti saintifik berhubung dakwaan itu.

Kerajaan pentadbiran di bawah Perdana Menteri India, Narendra Modi menubuhkan NCC pada tahun lalu. Antara tugas badan itu adalah untuk menghasilkan ubat-ubatan dan sabun menggunakan najis lembu.

Jurucakap NCC, Pureesh Kumar mengesahkan badan itu tidak menghasilkan cip tahi lembu tetapi dilakukan oleh pengusaha ternakan lembu.

Di India, ada sebahagian penduduk di situ percaya sisa lembu termasuk air kencing haiwan itu membawa manfaat baik kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI