fbpx

BPN 2.0 dibayar mulai 26 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat mulai 26 Oktober depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah pangkalan data BPN.

Menerusi kenyataan itu, Tengku Zafrul memperincikan pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion mengikut kategori isi rumah, jumlah pembayaran dan jumlah penerima.

Katanya, pembayaran sebanyak RM2.56 bilion akan diperuntukkan kepada 3.7 juta penerima di bawah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bekeluarga.

“Selain itu, sebanyak RM1.33 bilion akan dibayar kepada 3.8 juta individu B40 bujang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah,” katanya di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM560 juta akan dibayar kepada 1.4 juta penerima berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) berkeluarga.

“Pembayaran sebanyak RM350 juta lagi kepada 1.7 individu bujang M40 berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI