fbpx

Bapa mentua Noryn Aziz meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambar kenangan Noryn bersama Allahyarham bapa mentuanya.

KUALA LUMPUR – Belum sampai seminggu mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada Selasa lalu, hari ini penyanyi Noryn Aziz berdepan detik pilu apabila bapa mertuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail, meninggal dunia sebentar tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Noryn menerusi akaun Instagramnya.

Juara Gegar Vaganza musim kelima itu bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian bapa mentuanya.

“Al-Fatihah buat abah..mertua tersayang. Pada Jumaat yang berkah ini abah meninggalkan kami. Hari yang mulia dan segalanya dipermudahkan Allah SWT.

“Walaupun Noryn baru kenal abah…Alhamdulillah kami sempat mesra dan saling sayang menyayang,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu turut meminta sesiapa yang mengenali arwah bapa mertuanya untuk memaafkan dan mendoakan kesejahteraan arwah.

Menerusi laporan akhbar Kosmo! pada 14 Oktober lalu, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Rizal yang diadakan secara sederhana dan tertutup di kediaman suaminya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Pasangan itu terpaksa membuat persediaan dalam masa 24 jam untuk melangsungkan majlis akad nikah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyaratr (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI