fbpx

Anwar masuk Bukit Aman ikut pintu belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun, difahamkan beliau tidak menggunakan laluan utama untuk memasuki Bukit Aman sebaliknya diarahkan pihak berkuasa untuk melalui pintu belakang.

Kosmo! semalam melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar diminta menghadiri penyiasatan hari ini mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, siasatan terhadap beliau diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak 113 laporan diterima membabitkan kes tersebut dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar di media massa.

“Sehubungan itu, beliau (Anwar) diminta hadir untuk memberi keterangan esok (hari ini) di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI