KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis kini menyiasat enam kes membabitkan dirinya.
Menurutnya, antara kes yang disiasat tersebut adalah membabitkan nama-nama Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya.
“Urusan itu (nama-nama Ahli Parlimen) adalah antara saya dengan Yang di-Pertuan Agong, bukannya polis atau pihak politik.
“Menteri Dalam Negeri yang mengarahkan pihak polis untuk mengetahui nama-nama tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kes lain yang turut disiasat, menurut Anwar, adalah kes liwat namun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya memandangkan soalan-soalan diajukan pihak polis tidak jelas. – K! ONLINE