fbpx

Anjing obes terpaksa berdiet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto Drax tersekat di pintu laluan anjing yang dimuat naik Charmaine di laman sosial. - FACEBOOK

SYDNEY – Seorang wanita terpaksa berhenti memberi makanan kegemaran anjing peliharaannya iaitu ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) dan stik apabila haiwan itu mengalami pertambahan berat badan berlebihan.

Menurut Charmaine Hulley, anjing bernama Drax yang dibela sejak dua tahun lalu menjadi sangat gemuk hingga tidak boleh melalui pintu khas untuk binatang peliharaan di rumah ibu wanita itu.

Charmaine meninggalkan Drax selama beberapa bulan bersama rakannya, Taylor kerana perlu menyelesaikan urusan keluarga.

Kesibukan Taylor bekerja membuatkan Drax sering diberi makan ayam KFC dan stik berbanding makanan anjing seperti sepatutnya.

Charmaine hanya menyedari perubahan fizikal Drax apabila Taylor membawa anjing itu melawat di rumah ibunya, baru-baru ini.

“Saya terkejut melihat saiz badan Drax sekarang. Dua tahun lalu, dia terlalu malu hendak makan dan badannya sangat kurus sehingga menampakkan tulang.

“Memandangkan dia sudah terlalu gemuk, Drax perlu diet dan tiada lagi ayam KFC atau stik untuk dia,” katanya kepada portal LadBible. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI