fbpx

Anak jerung dua kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang nelayan menemui seekor anak jerung berkepala dua ketika menangkap ikan di kawasan perairan negeri Maharashtra di India baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Nitin Patel berkata, dia bersama seorang rakan menemui hidupan laut itu semasa memeriksa pukat bagi memastikan tiada ikan bersaiz kecil tersangkut di dalamnya.

“Semasa memeriksa pukat, saya ternampak ada ikan pelik berkepala dua dan merakam gambar sebelum melepaskannya semula ke laut.

“Kami belum pernah melihat ikan seperti itu. Kami sebenarnya tidak memakan ikan bersaiz kecil khasnya jerung. Sebab itu kami melepaskannya,” katanya.

Patel kemudian menghantar gambar anak jerung itu kepada Institut Penyelidikan Perikanan Marin untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ahli biologi marin di institut itu, Swapnil Tandel berkata, pelbagai faktor boleh menyebabkan ikan dilahirkan dengan keadaan dua kepala, antaranya perbezaan genetik dan pencemaran.

 

“Penemuan itu sangat jarang berlaku dan sukar untuk menge­tahui punca sebenar kelahiran jerung dua kepala.

“Masalah genetik atau meta­bolisme, virus dan pencemaran mungkin boleh menjadi antara faktor penyebab kejadian,” jelasnya.

Penyelidik Majlis Kajian Pertanian India, Dr. K. V. Akhilesh pula berkata, setakat ini ada dua kejadian serupa pernah dilaporkan berlaku di India.

“Penemuan jerung berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini. Kali pertama di Gujarat pada 1964 dan satu lagi insiden di Karnataka pada 1991.

“Peluang jerung ini untuk te­rus hidup sebenarnya tipis. Ikan ini ada kecacatan mata di salah satu kepala dan lebihan sirip,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI