fbpx

77 kerja sanitasi dijalankan bomba Zon Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan persiapan bagi melakukan operasi nyahkuman di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Sebanyak 77 kerja sanitasi telah dilaksanakan oleh pasukan bomba Zon Shah Alam sejak April hingga hari ini.

Menurut Ketua Zon, Razali Mohd. Nasir, sanitasi itu dilakukan selepas menerima permohonan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Berdasarkan rekod, 66 kerja sanitasi dilakukan di bangunan kerajaan dan institut pengajian tinggi (IPT) seperti Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Penjara Sungai Buloh dan Jabatan Kesihatan Selangor.

“Selebihnya, 11 operasi sanitasi dilakukan ke atas 230 buah bas IPT,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kerja-kerja sanitasi itu dijalankan oleh tiga buah balai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Sungai Buloh serta BBP Kota Anggerik dengan kekuatan 42 anggota termasuk pegawai.

Ujarnya, bagi bulan ini sahaja sebanyak tujuh proses sanitasi telah dilakukan daripada 12 permohonan yang diterima pihaknya.

“Kita menggunakan bancuhan cecair khas sebagai bahan untuk menghapuskan kuman pada sesebuah bangunan dan kenderaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI