fbpx

59 kawasan di Klang/Shah Alam dan Kuala Langat alami gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 59 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan susulan kejadian paip pecah berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Ambang Botanik, Bandar Bestari dan Glenmarie Cove di wilayah Klang/Shah Alam.

Sementara itu, bagi di wilayah Kuala Langat ialah Jalan Sijangkang Utama, Eco Santuary dan Tropicana Aman.

“Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Elina berkata maklumat perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI