fbpx

Tiga surat amaran ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (berdiri kanan) bersama Mohd. Nurul Amin melihat anggota kesihatan mengeluarkan surat amaran kepada pemilik premis di Medan Selera Taman Tangkak Jaya, semalam atas kesalahan tidak memakai pelitup muka. - Foto oleh NUR ALINA HASSAN

Oleh NUR ALINA HASSAN

TANGKAK- Tiga surat amaran dikeluarkan terhadap pemilik premis dan individu di sekitar daerah ini selepas mereka didapati ingkar dalam pematuhan prosedur operasi standar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, dalam operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) semalam, surat amaran dikeluarkan berikutan kegagalan mereka memakai penutup mulut dan hidung.

“Operasi pemantauan PKPP ini diadakan bertujuan mengelakkan orang ramai daripada alpa terhadap pematuhan SOP. Kita percaya sekiranya tiada tindakan turun padang seumpama ini, tahap kesederan itu akan semakin rendah sekaligus menyumbang kepada angka kes jangkitan.

“Operasi ini bukan mahu mencari kesalahan semata-mata, ia lebih tertumpu dalam usaha mendidik masyarakat khususnya warga Tangkak. Kita masih boleh berkompromi dengan memberikan surat amaran terlebih dahulu, namun sekiranya mereka ingkar dan degil, kompaun akan terus diberikan,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, sebanyak empat buah lokasi dipilih membabitkan kawasan tumpuan orang ramai iaitu Pasaraya TF, Medan Selera Taman Tangkak Jaya, Restoran Tangkak Kopitiam dan Restoran Nanyang Kopitiam.

Operasi melibatkan 31 anggota dari kesemua agensi itu turut disertai Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah, Dr. Firdaus Ashraf Mahzan dan Setiausaha MDT Mohd. Nurul Amin Abd. Rahman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI