fbpx

Rekod cemerlang Sepanyol berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA membuat kesilapan sehingga menyebabkan Sepanyol dihukum dengan kekalahan 0-1 kepada Ukraine awal pagi semalam. – AFP

KYIV – Rentak cemerlang pasukan Sepanyol dalam pentas antarabangsa dengan rekod 15 perlawanan tanpa tewas akhirnya lebur selepas kalah mengejut 0-1 kepada Ukraine dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Kyiv awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Viktor Tsygankov bijak menggunakan peluang terhidang selepas menyaksikan David De Gea tidak berada dalam kedudukan terbaik sehingga berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-76.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique enggan meletakkan kesalahan di atas bahu De Gea meskipun prestasinya telah dikritik hebat sejak beberapa tahun lalu tidak kira ketika beraksi bersama La Roja atau kelabnya, Manchester United.

Kata Enrique, jika kesalahan diletakkan kepada De Gea semata-mata adalah perkara yang tidak wajar dilakukan kerana ia sepatutnya dipikul satu pasukan memandangkan mereka me­nguasai sebahagian besar perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol.

“Saya sudah muak dengan soalan yang mana setiap kekalahan perlu menuding jari ke arah De Gea. Dia mungkin boleh memperbaiki lagi prestasi dan fokus­nya, tetapi pasukan tidak akan sesekali menyalahkan individu.

“Apa yang pasti, saya anggap kami tidak bernasib baik kerana apabila anda menguasai sebahagian besar perlawanan, pasukan lawan boleh melakukan serangan balas pantas dan itulah yang berlaku pada kali ini apabila mereka berjaya menjaringkan gol.

“Kita berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Adama Traore tetapi apabila pa­sukan sudah berada dalam keadaan panik, mereka tidak akan tenang ketika melakukan sera­ngan dan kami terpaksa terima kekalahan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI