fbpx

Quartararo mahu tebus kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO gagal meraih kemenangan di GP Perancis selepas perlumbaan berlangsung di litar basah ekoran hujan. – AFP

ARAGON – Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mengakui kecewa selepas gagal menaiki podium ketika ­beraksi di laman sendiri di Grand Prix (GP) Pe­rancis pada Ahad lalu, sekali gus mahu me­ngubati kegagalannya itu menjelang GP Aragon hujung minggu ini.

Quartararo mempamerkan tunggangan yang cukup agresif di Le Mans minggu lalu apabila menempah petak pertama, namun akibat keadaan cuaca hujan pada perlumbaan sebenar menyebabkannya sekadar menamatkan saingan di kedudukan kesembilan.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Ducati, Danilo Petrucci, namun Quartararo bernasib baik kerana dia masih memimpin carta kedudukan pelumba dengan kelebihan 10 mata di hadapan selepas mengumpul 115 mata dan Joan Mir (Suzuki) di kedudukan kedua dengan 105 mata.

Keputusan kurang memberangsangkan di Le Mans memberikan motivasi buat Quartararo untuk mencari penamat terbaik di Aragon nanti.

“Beraksi dalam keadaan cuaca kering sentiasa membantu kami untuk meraih keputusan yang positif. Perlumbaan yang sukar di Le Mans, tetapi saya gembira ke­rana kami tidak pernah berputus asa memberi tentangan.

“Perkara paling utama ketika ini adalah mengumpul mata sebanyak mungkin untuk memastikan peluang kami memburugelaran masih terbuka.

“Kami akan bekerja keras menjelang perlumbaan di Aragon nanti. Saya harap mampu me­lakukan yang terbaik sekali lagi seperti sesi kelayakan di Le Mans tempoh hari,” kata Quartararo.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI