PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 30 Oktober depan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini.
Kosmo! 12 Oktober lalu melaporkan, kerajaan melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa sejak 13 Oktober lalu sehingga 26 Oktober ini.
Selain itu, Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah juga telah dikuatkuasakan sejak 3 Oktober lalu. -K! ONLINE