fbpx

Pemandu lori simen parah tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori berusia 30 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas lori dipandunya merempuh treler lain di Jalan Meru berhadapan Hospital Colombia, Bukit Raja hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Seorang pemandu lori simen parah selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Jalan Meru berhadapan Hospital Colombia, Bukit Raja di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Bonny Martin Saging Mato berkata, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.49 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pukul 1.02 petang mendapati, kaki pemandu lori tersepit akibat rempuhan tersebut.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit hampir setengah jam itu.

“Mangsa  berusia 30-an kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, operasi menyelamat ditamatkan pukul 1.51 petang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI