fbpx

Oyen kena usir tiada tiket naiki kereta api laju di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja mengangkat seekor kucing yang masuk ke dalam sebuah gerabak kereta api di China baru-baru ini. – Douyin

BEIJING – Satu rakaman video memaparkan seekor kucing dihalau keluar dari sebuah kereta api laju di China menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Daily Mail.

Pekerja kereta api mengusir kucing berwarna oren atau lebih sering digelar Oyen, kerana haiwan tersebut membuat perjalanan tanpa memiliki tiket.

Rakaman video itu disiarkan di laman Douyin iaitu aplikasi TikTok versi China.

Ia menunjukkan kucing itu menyusup masuk ke dalam ge­rabak kereta api laju di sebuah stesen kereta api di wilayah Inner Mongolia, Ahad lalu.

Sebaik menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu seorang pekerja kereta api menangkap kucing berkenaan dan menjinjingnya hingga ke pintu kereta api.

Dia kemudian meletakkan kucing itu di atas platform ste­sen kereta api.

KUCING itu diletakkan semula di kawasan platform stesen kereta api di wilayah Innner Mongolia, China. – Douyin

Klip video tersebut mencatatkan berjuta-juta tontonan selepas ia dimuat naik oleh seorang wanita yang juga penum­pang kereta api laju berkenaan.

“Penumpang berbulu itu diusir kerana enggan membeli tiket perjalanan,” katanya dalam ke­terangan pada klip video ber­kenaan.

Rata-rata, netizen menyifatkan aksi kucing dan pekerja itu melucukan.

“Ini sangat comel. Lihat cara kucing ini berjalan, selangkah demi selangkah,” kata seorang pengguna.

Beberapa netizen lain me­nyangkal bahawa Oyen adalah kucing terbiar sebaliknya haiwan itu terpisah daripada tuannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI