fbpx

Maqis rampas udang krai, ikan laga dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian udang krai yang dirampas Maqis dengan kerjasama Aksem di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam malam semalam.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 1,869 ekor udang krai, 79 ekor ikan laga dan 240 kilogram (kg) kekacang bernilai RM58,030 dari Thailand tanpa permit import sah di sini semalam.

Rampasan dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) itu dibuat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini kira-kira pukul 11.45 malam.

Pengarah Maqis negeri, P. Lily Rosalind memberitahu, pemeriksaan ke atas sebuah lori menemui sejumlah udang dan ikan serta kekacang yang cuba dibawa masuk dari negara jiran tanpa permit import sah dikeluarkan Maqis.

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit dikeluarkan Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Pengimport boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-dua sekali di bawah Seksyen 11(3) akta sama, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Maqis sentiasa menjalankan pemeriksaan di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI