fbpx

Kluster Tawar diisytihar tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kluster Tawar disahkan tamat oleh Kementerian Kesihatan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kluster Tawar yang memiliki strain mutasi D614G yang didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain atau super-spreader telah ditamatkan semalam.

Ini menjadikan keseluruhan kluster tamat sebanyak 103 setakat ini manakala kluster masih aktif sebanyak 71 termasuk Kluster Kencana yang dikesan semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, Kluster Tawar mula dikesan di Kedah dan melaporkan 92 kes yang kesemuanya melibatkan warga Malaysia.

“Selain itu, kluster ini juga turut melaporkan tiga kes kematian,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook KKM hari ini.

Kosmo! 14 Ogos lalu melaporkan, kes pertama Kluster Tawar melibatkan seorang lelaki yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lepas.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang peniaga mengalami sakit dada serta gejala demam panas dan segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Kluster tersebut melibatkan kawasan di Kedah iaitu daerah Baling, Kuala Muda, Kulim dan Sik selain menular ke Pulau Pinang di daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI