fbpx

Kedai serbaneka dipecah masuk, rugi lebih RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang melakukan kerja-kerja forensik mengesan bukti cap jari pada tingkap yang dipercayai diumpil penjenayah dalam kes pecah masuk di sebuah kedai serbaneka di Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Sebuah kedai serbaneka dipecah masuk sebelum wang tunai berjumlah RM14,661.10 yang disimpan di dalam tiga peti besi dilarikan penyamun di Sungai Bajar, Kuala Berang di sini hari ini.

Sebahagian besar wang tunai yang dilarikan dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu merupakan hasil jualan harian kedai serbaneka berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, penolong pengurus kedai serbaneka berkenaan menyedari premis telah dipecah masuk sewaktu mahu memulakan operasi.

“Dia kemudiannya menghubungi pengurus wilayahnya yang ketika itu berada di cawangan kedai serbaneka tersebut di Pasir Puteh, Kelantan untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Pengurus wilayah itu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati pejabat kedai serbaneka berkenaan berselerak dan tiga peti besi yang mengandungi wang tunai telah rosak dipecahkan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, pemeriksaan kemudiannya menjumpai kesan umpilan pada tingkat sebuah stor di tingkat dua premis itu sebelum pengurusan kedai serbaneka tersebut menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal menerusi rakaman televisyen litar tertutup mendapati kedai serbaneka itu telah dipecah masuk seorang lelaki yang memakai penutup muka dipercayai pada awal pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI