fbpx

Kapasiti makmal Covid-19 dipertingkat ke tahap maksimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) terus meningkatkan kapasiti maksimum makmal Covid-19 kepada 54,706 ujian RT-PCR setiap hari sebagai usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan pelbagai aspek kesihatan dalam mendepani penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, pencapaian itu adalah hasil kesepaduan kerjasama semua 61 makmal bawah KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta serta makmal swasta.

Beliau berkata, sebanyak 13 makmal UA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan makmal swasta dalam proses menggembleng sumber ke tahap maksimum.

“Setakat semalam, 42 peratus kapasiti makmal negara digunakan dan ia dijangka meningkat untuk menguji lebih banyak sampel terutama dari zon merah, zon kuning serta aktiviti saringan dan pengesanan aktif kontak rapat oleh KKM.

“Di Sabah, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK), makmal di Hospital Queen Elizabeth dan Makmal Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kapasiti 2,500 ujian sehari sudah beroperasi manakala baki sampel dari keseluruhan Sabah dihantar dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Malaysia (TUDM) ke Semenanjung,” katanya hari ini.

Adham berkata, selain itu, makmal di Klinik Kesihatan Tawau Kubota sedang dilengkapkan supaya dapat menjalankan ujian RT-PCR dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

“Ujian RTK-Ag, iaitu ujian pengesanan antigen, digunakan di lapangan bagi membantu pengesanan awal kes positif Covid-19 dengan lebih banyak.

“KKM akan terus mempertingkatkan usaha bersepadu dengan pelbagai pihak untuk menjayakan usaha membendung Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI