fbpx

Hospital Medan Tawau giat dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembinaan Hospital Medan Tawau, dki Dewan Kompleks Sukan Tawaudsedang giat dilaksanakan.

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja membangunkan Hospital Medan Tawau sedang giat dijalankan di Dewan Kompleks Sukan Tawau, Sabah.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hospital medan yang terletak 10 minit dari Hospital Tawau itu merupakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pesakit-pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini, khususnya untuk perkhidmatan obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik dan pembedahan am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 hingga 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna, manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah,” katanya ketika memaklumkan perkara itu di laman Facebook beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya ATM yang membantu menjayakan Hospital Medan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI