fbpx

Flex tawar 3,500 peluang pekerjaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi global, Flex berhasrat menambah tenaga kerja seba­nyak 20 peratus dalam tempoh setahun, melibatkan 3,500 peluang pekerjaan baharu.

Naib Presiden Operasi Flex, Viswanathan Paramasivam berkata, ini termasuk jurutera, juruteknik, pemeriksa kawalan kualiti, kakitangan di bahagian pembelian, pentadbir program dan operator pengeluaran.

Antara produk yang dibangunkan dan dihasilkan Flex ialah peralatan dan kelengkapan penja­gaan kesihatan sistem bunyi dan audio, pencetak perindustrian dan pembersih vakum robotik.

 

 

“Hal ini meletakkan Flex di kedudukan yang sangat baik untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Flex merupakan salah satu majikan terbesar di Malaysia, dengan memiliki lebih 18,000 kakitangan di 12 fasiliti terletak di Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

 

Syarikat yang menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan di Malaysia tahun ini telah merekrut le­bih 9,000 kakitangan pelbagai jawatan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2020 dan lebih 6,000 pekerja baharu diambil semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak penubuhannya pada 1990, Flex telah melabur seba­nyak RM4.6 bilion untuk operasi­nya di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI