fbpx

Firefly bakal mulakan operasi pesawat tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) melalui anak syarikatnya, Firefly Airlines (Firefly) bakal  memulakan operasi pesawat menjelang suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail berkata, melalui rancangan terbaharu itu, Firefly akan menambah kepada  10 pesawat secara berfasa untuk penerbangan domestik, Asia Tenggara dan Asia Pasifik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Menurut beliau, berdasarkan ramalan yang ada, penerbangan domestik dan jarak dekat adalah yang paling mendapat permintaan dalam persekitaran ini, maka secara komersialnya, wajar untuk Firefly memenuhi permintaan ini tetapi dari sebelah utara.

“Ini sejajar dengan Pelan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP 2.0) kumpulan yang telah disusun semula untuk disesuaikan dengan persekitaran semasa serta masa hadapan selepas Covid-19, dengan fokus terhadap mengukuhkan pendapatan setiap anak syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Izham menjelaskan, melalui pelan baharu itu, Firefly akan melengkapkan Malaysia Airlines (MAS) dalam memenuhi pasaran libur sementara mempelbagaikan asasnya untuk menghubungkan bandar sekunder  ke Malaysia Timur, Thailand, Indonesia dan SIngapura.

Firefly  akan turut mengguna pakai sumber dan bakat sedia ada dari MAG dengan kemungkinan menggunakan pesawat Boeing 737-800 dari MAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI