fbpx

Dua sekolah ditutup, dua pelajar positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

ALOR GAJAH – Dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang di Masjid Tanah di sini ditutup selepas dua pelajar disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kedua-dua sekolah tersebut ditutup selama tujuh tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Oktober.

Menurutnya, dua pelajar berkenaan merupakan adik-beradik dan kesemua lapan ahli keluarga pelajar itu disahkan positif Covid-19 selepas mengadakan satu majlis kenduri awal bulan ini.

“Keluarga itu telah mengadakan kenduri pada awal bulan ini dan dihadiri oleh ibu saudara yang baharu pulang dari Labuan, Sabah.

“Pelajar berkenaan menginap di Kampung Nerambai Negeri Sembilan dan seluruh anggota keluarganya seramai lapan orang disahkan positif wabak tersebut dan telah dibawa ke Hospital Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sedang melakukan pengesanan kontak dalam kalangan guru, pelajar serta pekerja sekolah yang terlibat.

“Pengesanan kontak dalam kalangan sedang dilakukan bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.

“Saringan pengesanan kontak akn diaturkan segera selain proses disinfeksi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri juga dilakukan,” tambahnya.

Terdahulu, setakat pukul 12 tengah hari semalam, Melaka mencatatkan sembilan kes aktif dengan dua kes baharu dilaporkan di daerah Alor Gajah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI