fbpx

Dua kakitangan DBKL positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara DBKL.

KUALA LUMPUR- Dua kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disahkan positif Covid-19.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, kes pertama merupakan kakitangan di Jabatan Perancangan Bandar bertempat di tingkat 10, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut di sini.

“Dia telah menjalani saringan pada 9 Oktober lalu kerana suaminya ialah kontak kepada pesakit tempat kerjanya di Sime Darby.

“Kakitangan DBKL tersebut telah disahkan positif pada 12 Oktober berserta anak-anaknya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata kenyataan itu, kakitangan berkenaan telah menunjukkan tanda-tanda awal seperti sakit tekak sejak 5 Oktober lalu dan telah hadir mesyuarat di Hotel Thistle, Johor Bahru di antara 5 hingga 7 Oktober lalu.

Katanya, kes kedua membabitkan kakitangan daripada Jabatan Kawalan Bangunan di tingkat 26, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah.

“Kakitangan tersebut telah menjalani saringan pada 12 Oktober di Klinik Kesihatan kerana merupakan kontak positif dengan ahli keluarga.

“Beliau disahkan positif pada 14 Oktober (semalam),” ujarnya.

Bagi kes kedua, kakitangan berkenaan menunjukkan tanda-tanda selesema dan batuk beberapa hari sebelum mendapatkan rawatan di klinik pada 7 Oktober.

Kedua-dua kakitangan tersebut dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Pihak DBKL juga telah melaksanakan operasi nyahkuman secara menyeluruh di Menara DBKL 1, 2 dan 3 mengikut jadual.

“Operasi di ketiga-tiga Menara DBKL berjalan seperti biasa, namun SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan akan diperketatkan bagi menjamin keselamatan pengunjung dan kakitangan,” menurut kenyataan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI