fbpx

589 kes baharu, empat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes jangkitan Covid-19 hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 589 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada empat kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 18,129 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 586 kes adalah penularan tempatan manakala tiga kes import dari Indonesia dan Ukraine.

“Empat kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Olive di Sabah, Kluster Bah Pasir di Negeri Sembilan dan Putrajaya, Kluster Bah Pengkalan di Perak dan Kluster Saguking di Labuan,” katanya pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 170 kes kematian sehingga kini dan kesemuanya di Sabah.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 409 kes pulih dilaporkan hari ini iaitu jumlah paling tinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Jumlah keseluruhan kes pulih adalah 12,014 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI